Powered By Blogger

Isnin, 28 April 2008

Pertentangan Islam dan Sekular : Sekular Pasti Tersungkur

Oleh: Prof Dr. Yusuf Abdullah Al-Qardhawi

Dr Yusuf Qardhawi dengan lantang menyerang sekular dan pendokong-pendokongnya. Di bawah adalah petikan dari buku yang mesti dimiliki oleh setiap muslim yang peka dengan dunia sekitarnya.

1. SEKULAR MENENTANG AGAMA

Kami telah menyatakan bahawa Sekular adalah ditolak di dalam Negara Islam secara umumnya dan di Mesir khususnya atas apa-apa penilaian sekalipun khususnya penilaian agama.

Apabila kita berhukum dengan agama, iaitu agama yang dianuti oleh majoriti penduduk Negara Islam dan kita menerima hukum Islam, kita akan mendapati Islam menolak secara putus terhadap Sekular. Ini disebabkan Sekular tidak dapat duduk semeja bersama dengan Islam sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah .

Sekular mungkin menerima Islam sebagai satu akidah dalam hati individu tetapi ia tidak dapat menerima akidah Islam sebagai asas bagi kesetiaan ( wala ), penggabungan diri ( intima’ ) dan ia tidak menerima hakikat bahawa di antara tuntutan akidah ialah beriltizam dengan hukum Allah dan RasulNya.

Sekular mungkin menerima Islam sebagai ibadah dan upacara sahaja tetapi amalannya adalah terserah kepada individu dan Negara tidak wajib mengawasi atau mengawal dan memaksa mereka untuk beriltizam dengannya.

Sekular mungkin menerima Islam sebagai satu adab dan akhlak tetapi dalam perkara yang tidak menyentuh aliran masyarakat umum kerana ia meniru Barat. Para pendokong Sekular menganggap prinsip mereka adalah menjadikan acuan Barat sebagai asas dan pegangan yang boleh mengatasi adat dan budaya kita dalam cara makan, berpakaian, perhiasan, tempat tinggal, hubungan lelaki dan wanita serta seumpamanya. Mereka mengenepikan terus ketetapan halal dan haram Allah ke atas individu dan masyarakat Islam.

Perkara yang ditentang oleh Sekular secara terang dan berani ialah masalah syariah yang mengatur hukum bagi kehidupan umat Islam, syariah yang telah menetapkan ciri petunjuk yang selamat daripada penyelewengan kesesatan sama ada dalam urusan kekeluargaan, masyarakat, kenegaraan, hubungan dalaman, luaran dan sewaktu damai ataupun semasa perang yang dinyatakan oleh Fikah Islam dalam pelbagai aliran mazhabnya. Fikah Islam telah meninggalkan untuk kita khazanah perundangan yang banyak yang mana kita tidak perlu mengimpot undang-undang orang lain. Undang-undang orang lain bukannya lahir di negeri kita juga bukannya bersumberkan akidah, nilai dan adat kita. Jelasnya ia tetap asing bagi kita dan terus mengikat pemikiran dan hati kita dengan penjajahan luar yang telah dipaksakan kepada kita tanpa sebarang pilihan dan kehendak daripada diri kita.

Inilah kedudukan undang-undang ciptaan Barat bagi kita. Tetapi golongan Sekular menerimanya dan menolak syariah Allah. Mereka memelihara ‘ anak haram’ dan melupakan anak sendiri.

Sekular mengambil daripada Islam apa yang menepati kehendak nafsunya dan menolak perkara yang bertentangan dengan nafsunya. Beriman dengan sebahagian al-Kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain sebagaimana yang telah dilakukan oleh Bani Israel pada zaman dahulu, lantas Allah menyergah mereka dengan celaan yang keras dalam firmannya yang bermaksud : “Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan”.( Al-Baqarah ayat 85 ).

Oleh sebab itulah Sekular mengisytiharkan permusuhan terhadap agama iaitu Islam, yang telah diturunkan oleh Allah sebagai satu sistem yang syumul bagi kehidupan sebagaimana Islam telah mengisytiharkan juga permusuhan terhadapnya kerana Sekular mencabar kekuasaan syariah dalam memimpin masyarakat, mengarah haluannya berdasarkan perintah dan larangan Allah serta berhukum dengan apa yang telah diturunkan Allah kepada RasulNya. Apabila masyarakat tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, tanpa ragu lagi dia akan terjatuh dalam hukum jahiliyyah yang mana Allah telah memberikan amaran keras tentang hal ini kepada RasulNya dan orang-orang yang beriman setelahnya.

Firman Allah bermaksud : “Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari pada Allah. ( Al Maidah ayat 49-50 )

Sekular berdasarkan pandangan agama adalah satu seruan yang ditolak kerana ia adalah seruan kepada pemerintahan jahiliyyah yang bererti berhukum dengan undang-undang ciptaan manusia dan bukannya berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah.

Sesungguhnya ia adalah satu seruan yang mencabar pengetahuan Allah dan mempertikaikan syariah dan hukumnya! Seolah-olah ia berkata kepada Allah, Tuhan semesta Alam : “Kami lebih tahu daripada kamu tentang perkara yang baik untuk kami. Undang-undang yang dibawakan oleh orang Barat ke Negara kami pada zaman penjajahan adalah merupakan petunjuk yang terbaik berbanding hukum syariah kamu!”. Maka apakah yang dapat kita sifatkan terhadap mereka yang berpegang dengan pendapat ini terhadap Allah dan syariahnya!!.

2. SEKULAR DAN ISLAM

Sekular tidak bersikap berkecuali bila berhadapan dengan Islam dan ia tidak mungkin bersikap berkecuali sebagaimana yang didakwa oleh sebahagian pendokong Sekular berbangsa Arab. Perkara ini bagi Islam juga adalah satu perkara yang mustahil akan berlaku.

Islam menghadapi Sekular dengan segala kesyumulannya yang mencakupi semua sudut kehidupan manusia dari sudut material dan spiritual, individu dan masyarakat kerana Sekular tidak akan menerima kesyumulan ini, maka tidak ada jalan keluar kecuali pertembungan pasti akan berlaku.

Kristian mungkin boleh menerima pembahagian kehidupan manusia kepada dua bahagian iaitu bahagian agama dan satu bahagian lagi untuk Negara ataupun dengan ungkapan Injil sendiri.

“Berikan Kaisar hak Kaisar dan berikan Tuhan hak tuhan!”

Adapun Islam, ia memandang kehidupan adalah satu dan tidak boleh dipisah-pisahkan. Ia memandang manusia sebagai satu kerangka yang satu dan tidak terpisah. Ia melihat Allah adalah Tuhan bagi kehidupan dan manusia keseluruhannya. Islam tidak akan menerima Kaisar sebagai rakan kongsi bagi Allah kerana langit dan bumi serta segala isinya adalah milik Allah. Segala milik Kaisar adalah semuanya milik Allah!. Dia tidak dibenarkan untuk merompak sebahagian daripada kehidupan dan mengarahkannya jauh daripada petunjuk Allah.

Islam mahu mengarahkan kehidupan seluruhnya mengikut arahan dan hukumnya, juga mencelupkan kehidupan dengan Islam yang merupakan celupan Allah.

Firman Allah yang bermaksud : “(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah):) Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? ( Al Baqarah ayat 138).

Ia memahatkan pada rohnya yang suci iaitu yang bermatlamat rabbaniyyah ( ketuhanan), bertunjangkan akhlak dan berisikan kemanusiaan.

Islam akan menemani manusia dengan arahan dan perundangan dalam menjalani perjalanan kehidupan semenjak dia dilahirkan hinggalah ia mati, bahkan sebelum dia dilahirkan dan selepas dia dimatikan.

Islam tidak redha untuk menjadi perkara tambahan dan bukannya menjadi tiang asas, tidak redha menjadi pinggiran dan bukannya menjadi asas pokok, tidak redha memberikan kepimpinan kepada yang lain lalu dia hanya patuh dan taat sahaja kepadanya!.

Tabiat Islam adalah ia menjadi pemimpin dan bukannya pengikut, menjadi tuan bukannya hamba kerana ia adalah kalimah Allah dan kalimah Allah sahajalah yang tertinggi. Oleh itu dialah yang paling tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.

Sekular mahukan Islam menjadi pengikutnya, diperintah menurut perintahnya dan dilarang menurut larangannya. Sekular tidak membenarkan Islam untuk mengambil kedudukannya yang tabie, mantiqi (logic ) dan berdasarkan sejarahnya, yang mana dialah yang menyuruh dan melarang, memerintah dan memberikan petunjuk.

Sekular akan senang dan redha dengan Islam sekiranya ia kekal terpencil di tempat lahir dan kematian sahaja, duduk dalam alam darwisy dan pertapaan sahaja juga dalam alam khurafat dan dongengan. Adapun untuk menggerak dan bergerak menghalakan kemudi pemuda, memimpin rakyat, meledakkan kekuatan, menyinarkan akal, mencetuskan semangat, menciptakan pahlawan, mendidik tokoh, menentukan arah perjalanan masyarakat, menurut kebenaran, mendirikan timbangan yang adil dikalangan manusia, memerintahkan dengan makruf kepada mereka, melarang kemungkaran, memerangi penyelewengan dan kerosakkan ….. semuanya ini tidak akan diredhai oleh Sekular sama sekali.

Sekular mahukan Islam untuk berpada dengan satu sudut atau arah dalam sebahagian kehidupan, tidak melebihi dan mengatasinya. Kedudukan inipun sudah merupakan satu sumbangan terbaik Sekular untuknya kerana pada perinsipnya kehidupan seluruhnya adalah untuk Sekular tanpa rakan kongsi mahupun penyaing!

Islam sewajarnya berpada dengan ceramah agama di radio ataupun televisyen!

Berpada dengan halaman agama di dalam akhbar yang terbit pada hari Jumaat!

Berpada dengan beberapa waktu pendidikan Islam dalam sistem pendidikan umum!

Berpada dengan undang-undang keluarga dalam bidang perundangan!

Berpada dengan masjid sebagai institusi dalam masyarakat!

Berpada dengan Kementerian Agama dalam Kabinet Negara!

Islam hendaklah berpada dengan itu semua dan Islam tidak boleh menjeling kepada sudut yang lebih daripada itu. Bahkan Islam hendaklah bersyukur dan terhutang budi dengan Sekular yang memberikan dia ruang untuk menjengukkan kepalanya daripada ruang tingkap tersebut ataupun daripada sudut yang telah ditentukan!.

Islam dengan tabiat asalnya menolak untuk dijadikan sekadar pada satu sudut dalam kehidupan kerana ia adalah penentu arah kehidupan dan penciptanya. Ia menolak untuk dijadikan sekadar sebagai tetamu kepada Sekular sedangkan Islam sebenarnya adalah pemilik rumah!

Dari sini, Islam pasti akan bertembung dengan Sekular. Hal ini pasti akan berlaku dalam banyak ruang kehidupan. Keduanya akan bertembung dalam semua ruang pengajaran yang empat iaitu bidang akidah, ibadah, akhlak dan perundangan.

HAKIKAT SEKULARISME DAN KAEDAH PENYEBARANNYA*

Sekular atau dalam bahasa arabnya dipanggil "al-'Ilmaniyyah" diambil dari perkataan ilmu (dalam bahasa arab = 'ain, lam dan mim). Kononnya dari segi mafhum, ia bermaksud mengangkat martabat ilmu, jadi ia tidak bercanggah dengan mafhum Islam yang juga menjadikan ilmu sebagai satu perkara penting bagi manusia dan menyeru kepada ilmu sejak wahyu pertama lagi. Tetapi sebenarnya penterjemahan kalimah sekular kepada "al-'Ilmaniyyah" hanyalah satu tipu daya dan berselindung di sebalik slogan ilmu. Sebenarnya kalau diperhatikan makna tersirat bagi sekular ialah "al-Ladiniyyah" yakni tanpa agama atau "al-La'aqidah" yakni tanpa akidah. Tokoh pemikir Islam Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi pernah menyebut perkara ini di dalam penulisannya tentang sekularisme.

Istilah "al-'Ilmaniyyah" dipilih untuk mengabui mata umat Islam agar menerimanya kerana jika digunakan istilah "al-Ladiniyyah" atau "al-La'aqidah", sudah pasti umat Islam akan menolaknya. Sebab itulah kita merasakan betapa jahatnya penterjemahan sekular kepada istilah "al-'Ilmaniyyah" dengan tujuan mengabui mata dan betapa jahatnya golongan ini yang ingin menutup perbuatan mereka tanpa diketahui oleh kebanyakan orang. Bagi anak didik sistem sekular, mereka tidak segan silu menerima dan bermati-matian mendokongnya kerana mereka memang telah diprogramkan untuk menyebarkan fahaman sekularisme. Namun bagi ulama-ulama Islam yang faham hakikat sebenar makna Islam, mereka bermati-matian pula menentang penyebaran fahaman ini yang jelas bertentangan dengan hakikat Islam. Jadi sudah tentu berlaku satu pertembungan antara pendokong sekularisme dan ulama-ulama Islam dalam mempertahankan "hakikat" masing-masing.

1.0 SEKULARISME ANTARA TIMUR DAN BARAT

Tidak menghairankan jika fahaman sekularisme mendapat tempat di barat. Ini berpunca dari pengongkongan gereja dan tindakannya menyekat pintu pemikiran dan penemuan sains. Ia bertindak ganas lagi dengan menguasai akal dan hati manusia, dengan erti kata lain segala keputusan adalah di tangan pihak gereja dengan mengambil kesempatan mengaut keuntungan dari pengikutnya dengan cara yang salah.

Eropah pernah tenggelam dengan darah mangsa-mangsa pihak gereja apabila ratusan malah ribuan orang mati di dalam penjara dan di tali gantung. Dengan sebab ini berlakulah pertembungan antara gereja dan sains yang akhirnya tertegaklah fahaman sekularisme yang bererti "memisahkan agama (Kristian) dari negara". Suasana kacau bilau dalam agama Kristian hasil penyelewengan yang berlaku dalamnya (-ia berpunca dari perancangan yahudi-) memungkinkan tertegaknya fahaman sekularisme di samping agama Kristian yang sedia ada. Sekularisme disebarkan untuk keluar dari kepompong gereja yang begitu teruk mengongkong pengikutnya. Masyarakat Eropah tertekan dan dizalimi di bawah pemerintahan gereja. Bagi pejuang sekular, mereka menganggap dengan berada di bawah kuasa gereja mereka tidak akan mencapai kemajuan. Sebab itulah mereka memutuskan tali ikatan diri mereka dengan gereja dan menjadi orang yang beragama Kristian hanya pada nama tidak pada pengamalan agama.

Sekularisme adalah suatu kepercayaan atau fahaman yang menganggap bahawa urusan keagamaan atau ketuhanan atau gereja tidak harus dicampurkan dengan urusan negara, politik dan pentadbiran. Ringkasnya sekularisme adalah satu fahaman yang memisahkan antara urusan agama dan kehidupan dunia seperti politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Yang jelas menurut fahaman sekular, soal bernegara, berpolitik, berekonomi dan sebagainya tidak ada kaitan dengan soal agama atau gereja.

Apabila fahaman sekularisme ingin dipindakan dari barat ke timur, golongan ini tidak menyedari (secara sengaja atau tidak) suasana di timur yang berpegang kuat dengan agama Islam. Sudah pasti ia tidak sekali-kali merelakan pemisahan agama (Islam) dari negara. Keadaan dalam Islam tidak sama dengan apa yang terjadi dalam Kristian di mana sepanjang sejarah Islam tidak ada penzaliman terhadap penganutnya. Begitu juga Islam tidak membenarkan pemisahan agama (Islam) dari negara kerana negara mengikut fiqh Islam ialah sebahagian dari agama bukannya satu perkara yang berasingan. Dalam Islam, tidak mungkin tertegaknya agama (dengan sempurna) tanpa negara (yang boleh menguatkuasakan undang-undang agama) dan tidak mungkin tertegaknya negara (tanpa kacau bilau) jika tidak ada agama (yang boleh memandunya).

Al-Syahid Hasan al-Banna dalam "Majmu'ah Rasa'il" menegaskan bahawa Islam merupakan sistem sempurna yang merangkumi urusan kehidupan manusia semuanya. Ia merangkumi negara, kerajaan, rakyat, akidah, syariat, akhlak, ekonomi, keadilan, undang-undang, ilmu, jihad, dakwah, tentera dan lain-lain. Pendek kata tidak ada perkara yang dibiarkan melainkan Islam merangkuminya. Al-Quran sendiri telah menggariskan beberapa dasar umum untuk umat Islam dalam memandu kehidupan mereka. Sebagai contoh dalam bidang akidah (lihat surah Al-Imran ayat 19), bidang ibadat (lihat surah Al-Baqarah ayat 43), bidang sosial (lihat surah Al-Baqarah ayat 188), bidang politik (lihat surah Saba' ayat 15), bidang undang-undang perlembagaan (lihat surah Al-Nisa' ayat 59) dan juga bidang-bidang yang lain.

Islam tidak sekali-kali membenarkan penyebaran fahaman sekularisme di sampingnya dengan membahagikan tugas antara keduanya iaitu, Islam hanya berfungsi di dalam urusan akidah dan sekularisme pula berfungsi di dalam urusan syariat. Perkara ini tidak mungkin terjadi kerana Islam merupakan satu agama yang terkandung di dalamnya akidah dan syariat sekaligus dan ia tidak membenarkan pemisahan ini dilakukan seperti mana Islam tidak membenarkan tuhan-tuhan lain ditaati dalam bidang syariah seperti ditaatinya Allah dalam bidang akidah. Allah telah menegaskan dalam al-Quran bahawa agama yang diredhainya hanyalah Islam yang suci. FirmanNya yang bermaksud, "Sesungguhnya al-Din (agama) yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam", surah Al-Imran ayat 19.

Jadi untuk menyamakan Islam dengan agama Kristian dan percubaan memasukkan fahaman sekular ke dalam Islam adalah satu kesilapan dan jenayah yang besar. Islam tidak seperti kristian kerana Islam datang dari Pencipta manusia iaitu Allah s.w.t, ia selamat dari cacat cela. Kristian pada asalnya agama tauhid tetapi telah diselewengkan oleh paderi-paderi untuk kepentingan mereka. Sekularisme bukan berasal dari Islam dan Islam berlepas tangan dari fahaman kufur ini dan tidak ada kena mengena dengannya. Sesiapa sahaja daripada umat Islam yang mengagungkan sekularisme iaitu dengan menganggap untuk maju tidak perlu beramal dengan Islam maka boleh membahayakan akidahnya.

Sekularisme bukan hanya sekadar berpandangan “politik suku agama suku” tetapi dengan menyempitkan ruang lingkup agama, itu juga termasuk dalam sekularisme seperti beramal dengan Islam secara separuh. Apa yang memberi keuntungan dan kemudahan diterima pakai manakala yang mendatangkan kesusahan ditolak tepi. Sebab itulah perbuatan ini ditempelak oleh Allah melalui firmanNya surah al-Baqarah ayat 85, maksudnya : "adakah kamu percaya (beriman) kepada sebahagian kandungan Kitab (al-Quran) dan ingkar akan sebahagiannya? Sebaliknya Allah memerintahkan agar menerima Islam secara keseluruhannya melalui firmanNya surah al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud, "wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam keseluruhannya".

2.0 CARA-CARA PENYEBARAN SEKULARISME

Semenjak penjajah barat meletakkan kaki mereka ke bumi umat Islam, mereka berusaha sedaya upaya untuk menyebarkan fahaman sekularisme ini melalui pelbagai cara. Dengan keupayaan ilmu dan teknologi yang dimiliki serta pengalaman, mereka berjaya melaksanakannya. Cara-cara penyebaran fahaman sekularisme ini dilaksanakanan melalui bidang pendidikan, media massa dan undang-undang. Tujuannya hanyalah untuk menjauhkan umat Islam dari agamanya.

2.1 PENYEBARAN SEKULARISME MELALUI PENDIDIKAN

Antaranya ialah :

1. Menyekat pengajian agama Islam secara material dan moral:-

i. Sekatan secara material dilakukan dengan membuka pintu seluas mungkin kepada pengajian yang kosong dari ruh agama Islam (pengajian yang jauh dari penekanan agama). Pengajian sebegini akan dibantu dan dibangunkan serta diberi kemudahan dari segi material. Adapun pengajian agama Islam disempitkan bantuan kewangan ataupun tidak dibantu langsung. Sebarang bantuan lebih dicurahkan kepada pengajian sekularisme.

ii. Sekatan secara moral ialah dengan memperlekehkan golongan penuntut agama dan tuan-tuan guru mereka. Membeza-bezakan antara guru-guru agama dan guru-guru subjek lain dalam setiap keadaan memang satu perkara yang disengajakan. Begitu juga membeza-bezakan antara lepasan bidang agama dan lepasan bidang-bidang lain. Dari segi jawatan pula, lepasan bidang agama tidak banyak mendapat peluang disamping ganjaran dan status yang dipandang rendah tetapi bagi lepasan bidang-bidang lain agak mudah mendapat peluang dengan habuan dan status yang lumayan. Mereka ini akan tenggelam dalam "ketidaksedaran" dan akan menyebabkan orang ramai tidak kira tua muda akan lari dari agama dengan terpahat satu sikap dalam minda mereka iaitu "jika kita memilih bidang agama ianya tidak akan ke mana dan tidak akan menjamin hidup", maka dengan itu mereka lebih cenderung kepada pengajian bidang bukan agama.

Bukanlah bermaksud di sini umat Islam tidak boleh mempelajari ilmu-ilmu selain dari ilmu Islam. Malah sebenarnya tidak ada istilah ilmu "bukan Islam", seperti kedoktoran, kejuruteraan dan sebagainya. Ia juga merupakan ilmu Islam. Yang menjadi persoalannya ialah umat Islam telah diabaikan dari segi penekanan ilmu agama yang sepatutnya menjadi teras kepada mereka. Tidak salah seorang muslim itu menjadi doktor, tetapi biarlah dia menjadi doktor yang ada asas didikan Islam. Juga tidak salah seorang muslim itu menjadi jurutera, tetapi biarlah menjadi jurutera yang ada asas didikan Islam.

2. Menghantar pelajar Islam ke negara-negara bukan Islam untuk belajar. Misi penghantaran ini akan membuahkan hasilnya yang memang dinanti-nantikan iaitu pelajar itu bertambah jahil dengan agama, nilai serta adat yang baik dan akan menyebabkan pelajar itu tertarik dengan budaya barat. Di samping itu, akan tertanam dalam diri pelajar itu tabiat (kelakuan) yang menyeleweng dari ajaran Islam. Dengan berlalunya masa, tabiat menyeleweng ini akan menjadi sebati dengan diri pelajar itu dan dia akan mempraktikkannya dalam kehidupannya sehinggakan dalam bab makan minum, pakaian, cara pergaulan dan lain-lain tabiat yang buruk. Dia akan menjadi lebih barat daripada orang-orang barat sendiri.

3. Melonggarkan sukatan pengajian agama atas nama kemajuan akademik. Residen Britain di Mesir Lord Krumer semasa penjajahan Britain ke atas Mesir telah melaung-laungkan slogan pembaharuan dalam Universiti al-Azhar dengan memasukkan subjek sivil dalam sukatan pengajiannya. Percampuran ini menyebabkan pelajar lemah dalam menguasai ilmu agama. Beberapa sukatan pelajaran juga telah dibuang atau dikurangkan seperti subjek yang berkaitan jihad menyebabkan ruh jihad telah hilang dalam diri pelajar Islam. Pelonggaran sukatan pengajian agama berlaku di seluruh negara Islam dengan tujuan untuk melemahkan pelajar-pelajar Islam.

4. Bercambahnya institusi pengajian asing di negara Islam bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Tujuannya ialah untuk mengeluarkan umat Islam dari agama mereka atau sekurang-kurangnya menyelewengkan akidah mereka. Paling kurang kesannya ialah menghina bahasa Arab (bahasa umat Islam) dan mengagungkan bahasa asing. Penghinaan bahasa arab sebenarnya menghinakan agama Islam itu sendiri. Ini berlaku di negara-negara Arab.

5. Paling bahaya cara yang digunakan ialah percampuran lelaki dan perempuan ketika pengajian. Mereka (golongan sekular) memulakannya di negara-negara Islam dengan mendakwa ianya kemajuan dan kemodenan tetapi ia sebenarnya menyalakan lagi obor nafsu manusia. Mereka juga mendakwa percampuran itu dapat mematangkan pemikiran tetapi mereka telah tersilap kerana ia antara punca tercetusnya masalah sosial yang kronik akibat percampuran yang tidak dikawal. Ilmu sains membuktikan percampuran sebegini akan membawa kepada 2 keadaan :

i. Samada ia akan membekukan nafsu seks antara 2 jantina, dengan erti kata lain, lelaki tidak lagi bernafsu kepada wanita secara tabii tetapi lebih bernafsu kepada kaum sejenis (satu perbuatan yang dikutuk oleh Allah s.w.t). Penyakit ini semakin menular di negara-negara barat dan juga Amerika Syarikat.

ii. Ataupun ia akan meransangkan lagi api nafsu. Satu eksperimen telah dijalankan dengan meletakkan anak kucing dan anak tikus yang masih kecil dalam satu sangkar. Kedua-duanya makan dan minum dari satu bekas yang sama sehinggalah sampai masa "keinginan", anak kucing itu telah membunuh anak tikus dan memakannnya walapun kedua-duanya hidup dalam satu sangkar serta makan dan minum dari bekas yang sama. Anak kucing itu tidak lagi menaruh sifat kasihan walaupun agak lama "berdamping" dengan anak tikus itu. Begitulah diibaratkan dengan percampuran pelajar dengan sebebas-bebasnya tanpa kawalan, lama kelamaan akan membawa ke arah masalah sosial. Realiti yang berlaku di negara-negara Islam adalah bukti yang nyata betapa teruknya masalah sosial yang berlaku.

2.2 PENYEBARAN SEKULARISME MELALUI MEDIA MASSA

Jikalau sekularisasi dalam pengajian hanya melibatkan ribuan pelajar, tetapi sekularisasi dalam media massa meliputi jutaan orang yang menonton, mendengar dan membacanya melalui program-program yang disediakan. Setiap perkataan atau tulisan yang baik akan menghasilkan natijah yang baik dengan izin Allah. Manakala perkataan atau tulisan yang jahat pula akan menghasilkan natijah yang jahat juga. Oleh itu media massa boleh berperanan untuk mengangkat martabat, peribadi, maruah dan minda seseorang atau ia juga boleh berperanan untuk menjatuhkan martabat, peribadi, maruah dan minda seseorang.

Realiti yang dapat dilihat melalui televisyen, radio, wayang gambar, teater, akhbar, majalah dan lain-lain media massa tidak banyak yang membantu perkembangan nilai-nilai murni. Ia juga tidak membantu perkembangan minda dan pengamalan dengan akhlak Islam. Jikalau adapun, ia hanya seperti tangkap muat dan pemanis mulut, tidak lebih dari itu. Rancangan-rancangan televisyen yang menyiarkan gambar separuh bogel atau "tidak sempat memakai baju dan seluar" banyak disiarkan untuk meruntuhkan akhlak umat Islam terutamanya golongan muda mudi. Sepatutnya media massa itu menjadi "mimbar dakwah" yang menyeru kepada kebaikan dan menyampaikan kebenaran, bukannya suara maksiat, medan fitnah dan kilang kerosakan sosial masyarakat. Itulah kerja sekularisme yang berusaha menjauhkan umat Islam dari agamanya.

2.3 PENYEBARAN SEKULARISME MELALUI UNDANG-UNDANG

Golongan sekular berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhkan Islam dari "kuasa" pemerintahan. Mereka akan memastikan agar undang-undang Islam tidak dirujuk walau dalam apahal sekalipun sehinggakan Islam kelihatan tinggal rangkanya sahaja. Ia terjadi di kebanyakan negara Islam. Di Turki contohnya, untuk menjauhkan manusia dari Islam, mereka berusaha mensekularkan undang-undang sedikit demi sedikit hingga akhirnya undang-undang Turki menjadi sekular dan terlerainya undang-undang khilafah Islam. Di Mesir "pengsekularan" undang-undang dilakukan ketika penjajahan Inggeris dengan mewajibkan merujuk kepada undang-undang barat secara umumnya dan undang-undang Perancis secara khususnya.

Undang-undang Islam yang tinggal hanyalah berkaitan nikah kahwin (Ahwal Syakhsiah) atau yang berkait dengan adat kerana ia tidak menggugat kedudukan penjajah. Umat Islam boleh mengamalkan undang-undang ini di kalangan mereka tetapi untuk mengamalkan undang-undang yang bersangkut paut dengan pemerintahan negara, jenayah dan lain-lain tidak diizinkan oleh penjajah. Ini adalah perancangan jahat golongan sekular. Mana-mana negara Islam yang ingin melaksanakan undang-undang Islam secara menyeluruh pasti akan menerima tekanan hebat dari pihak barat atau dari golongan sekular dalam negara itu sendiri.

Ini adalah sebahagian perancangan yang dilakukan oleh golongan sekular untuk memesongkan umat Islam dari beramal dengan agamanya mengikut jalan yang betul. Sesiapa yang hatinya kosong dari ruh agama pasti menganggap sekular itu adalah kemajuan dan kemodenan tetapi dia tidak sedar bahawa ketika dia menerima dan mendokong sekularisme, dia telah merenggangkan ikatan tali dirinya dengan Islam yang dianutinya. Umat Islam perlulah sedar perancangan-perancangan golongan sekular ini agar mereka tidak terjatuh ke dalam perangkap yang akan merugikan mereka di dunia dan akhirat.

Islam dan sekularisme tidak akan dapat disatu dan disebatikan kerana kedua-duanya adalah berbeza. Al-Marhum Syeikh Mutawalli Sya'rawi sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir sempat berkata : "sedarlah bahawa tidak akan berlaku pertembungan antara hak dengan hak tetapi pertembungan hanya berlaku antara hak dan yang batil". Maka umat islam perlulah mengikut yang hak (kebenaran) dengan menurut segala perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala laranganNya. Untuk mengetahui yang hak dan yang batil menurut pandangan syarak, maka tugas itu biarlah dilakukan oleh ulama-ulama yang pakar lagi ikhlas. Tidak ada jalan selamat di akhirat melainkan menerima seratus peratus ajaran Islam yang sebenarnya mengikut al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Ahad, 27 April 2008

Perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan Islam : Suatu Perbandingan

OLEH SYED IBRAHIM SYED ADBUL RAHMAN

Mengikut pencapaian ilmu sekarang, setiap yang diakui sebagai sebuah negara yang diwujudkan tidak lengkap kalau tidak mempunyai perlembagaannya sendiri samada bertulis atau tidak.
Perlembagaan adalah perlu samada ianya Islam atau tidak. Dengan perlembagaan boleh diketahui dan ditentukan peraturan hidup, hak-hak warganegara, system kehakiman, kuasa kerajaan. Badan Penggubal Undang-Undang dan berbagai-bagai lagi. Sekurang-kurangnya Perlembagaan akan mengandungi ciri asas dan bingkai pemerintahan dan kuasa-kuasa diwujudkan diperuntukan dan dilindungi.

Perlembagaan Malaysia sememangnya tersedia dan sudah terpakai sekian lama. Ia mengandungi ciri asas dan bingkai pemerintahan beserta dengan kuasa-kuasa yang terdapat di dalamnya. Ia memnuhi kehendak ukuran moden dan bersesuaian dengan system demokrasi yang diamalkan. Walaupun dari beberapa sudut ianya boleh dikritik dan perbahasan mengenainya akan berterusan.

Tetapi perlembagaan Islam pada zaman sekarang masih belum ada satu contoh yang sedang terlaksana. Selain daripada huraiannya sebagai konsep sahaja, belum ada ijmak mengenai sesuatu Perlembagaan yang terlaksana di negara-negara umat Islam.

Walaupun begitu ciri-ciri Perlembagaan Islam itu mungkin terdapat pada satu-satu Perlembagaan di negara-negara umat Islam sekarang dan mungkin berbeza cirri-ciri tersebut di antara satu sama lain.

Di Malaysia sekarang nampaknya bukan isu lagi samada perlembagaan Islam atau tidak, tetapi penekanan telah berubah kepada samada Malaysia adalah sebuah negara Islam ataupun tidak. Ia telah dijadikan isu yang dipertikaikan dari sudut politik.

Biasanya dalam system demokrasi, isu politik ditenangkan atau dimantapkan melalui menggubal undang-undang mengenai isu tersebut. Selepas itu dia tidak akan menjadi isu politik lagi.

Tetapi sekarang, isu Perlembagaan Malaysia, samada Islam atau tidak, bukan lagi menjadi isu, tetapi ditekankan bahawa Malaysia adalah negara Islam.

Dengan meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama Negeri, diterima sebagai asas akademik dan juga politik iaitu pencapaian persefahaman yang paling minima yang boleh diterima pakai oleh warganegera berbilang kaum.

Oleh itu selebihnya memerlukan pengisian dan inilah hujah yang sekarang diketengahkan untuk menyakinkan masyarakat umum yang berbilang kaum.

Kita tidak boleh melabelkan Perlembagaan Malaysia sebagai tidak Islam dengan hanya menuduh secara rambang kerana hujah yang perlu dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan tahap pencapaian ilmu perundangan sekarang dan perkara yang ditimbulkan hendaklah menunjukkna perbezaan nyata pada perkara pokok atau asas-asasnya.

Dari satu segi yang paling asas, kita boleh bercakap fasal sumber undang-undang. Perlembagaan Islam meletakkan sumber undang-undang ialah Al-Quran dan As-Sunnah, tetapi Perlembagaan Malaysia meletekkan undang-undang tertinggi ialah Perlembagaan tersebut (Perkara 4 (1).

Mengikut amalannya, sebarang pertikaian undang-undang Perlembagaan, mahkamah akan mencari duluan (precedent) dimana-mana negara yang menggunakan common law Inggeris untuk membantu membuat sesuatu keputusan.

Dengan meletakkan bingkai persekitaran seperti yang dinyatakan di atas sahaja telah dengan sendirinya mengenepikan sumber asas Islam dan dengan itu prinsip dan amalan merujuk kepada khazanah ilmu Islam terus terpinggir.

Ini bererti prinsip dan amalan merujuk kepada khazanah Islam telah dikeluarkan daripada gelanggang.

Tidak berupaya hakim berugama Islam untuk merujuk kepada khazanah ilmu Islam dan dengan itu terpaksa akur dengan tafsiran Islam dalam Perlembagaan iaitu menyentuh dan berkaitan dengan adat istiadat rasmi dalam bingkai persekutuan.

Tafsiran ini sememangnya sesuai dengan sikap sekularisma yang diresmikan iaitu dalam kontek sejarah perlembagaan agama Kristian di negara-negara Barat. Islam ditafsirkan dalam kontek pengertian agama yang mereka fahami.

Di antara memilih pengertian agama dan Islam, lebih baik kita memilih pengertian Islam yang sebenar dan dengan itu boleh menghapuskan pengertian resmi Islam dalam Perlembagaan Malaysia.

Ini hanya boleh dibuat jika kita merasakan bahawa pengertian Islam dalam Perlembagaan aalah satu bidaah besar dan penghalang kepada seruan dakwah.

Sepatutnya ini menjadi satu cabaran utama jika kita sebenar kenal halangan yang kita mampu atasi sekarang.

Apa yang dimaksudkan ialah tidak hanya menerangkan dan berdakwah mengenai pengertian Islam sebenar diluar gelanggang, tetapi memasukkan Islam dengan pengertiannya yang lengkap dalam gelanggang.

Ini boleh dibuat melalui pindaan perlembagaan Negeri dengan memasukkan definisi Islam dalam Perlembagaan Negeri.

Kelantan dan Terengganu mampu membuat pindaan tersebut. Usaha seperti ini boleh merapatkan semula jurang pemahaman di kalangan umat Islam mengenai agama yang sebilangan besar daripada mereka adalah menjadi pegawai-pegawai Kerajaan, Hakim dan Pentadbir negara. Mereka boleh berhujah semula dengan bersandarkan Undang-undang negara/negeri.

Persoalan kedua ialah Majlis Syura. Ada pandangan yang menyokong bahawa Parlimen dalam bentuk system demokrasi sekarang boleh dianggap sebagai Syura. Tetapi dalam kontek Perlembagaan Islam, Majlis Syura adalah dianggotai oleh bilangan yang lebih kecil dianggap mereka yang layak dari segi peribadi, berilmu, wibawa dan taqwa.

Jika Majlis Syura ini diwujudkan, ianya adalah lebih tinggi tarafnya daripada Parlimen dan boleh menegur untuk pinda sebarang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan kuasa ini mengikut kaedah sekarang adalah sebahagian daripada kuasa kehakiman.

Dalam kontek Islam Majlis Syura berperanan sebahagian daripada peranan eksekutif iaitu pembuat dasar dan sebahagian lagi berperanan sebagai peranan kehakiman iaitu mengawasi undang-undang yang dibuat oleh Parlimen.

Contoh yang dilaksanakan sekarang boleh dibuat seperti di Iran. Tetapi di sana kuasa tersebut tidak diletakkan pada suatu majlis, tetapi pada Wilayatul Faqih yang dibantu oleh jawatankuasanya tersendiri.

Jawatankuasa ini tidak mempunya protokol seperti dalam system demokrasi sekarang kerana ianya bukan sebagai organ kerajaan.

Perkara ketiga ialah Al-adi (justice). Persoalan keadilan menyentuh dua aspek tertentu.

Pertama mengenai keadilan mengikut undang-undang dan kedua ialah keadilan pemerintahan secara menyeluruh iaitu termasuk keadilan sosial dan ekonomi.

Keadilan mengikut undang-undang menekan prinsip kesamarataan iaitu tidak ada pilih kasih atau latar belakang seseorang tidak menjadi perkiraan dari segi pendedahan kepada perlaksanaan tindakan undang-undang.

Adil dalam pemerintahan mengikut kacamata Islam memerlukan sedikit huraian. Doktrin komunisme menyanggah sistem sosial demokratik kapitalis bertujuan untuk mengujudkan keadilan sosial.

Almarhum Syed Qutb banyak menulis secara kritis mengenai sistem sosial demokratik kapitalis dan sistem komunis.

Tetapi beliau tidak menganjurkan dengan jelas bagaimana struktur kerajaan perlu diubah untuk membentuk dan mengiktiraf manusia yang berperibadi tinggi mengenai keperihatinan insaniyahnya.

Perlembagaan Malaysia membentuk tiga organ pemerintahan iaitu badan eksekutif, badan kehakiman dan badan pembuat undang-undang (parlimen).

Strukturnya pula melibatkan dua sektor iaitu sektor awam dan sektor swasta. Dalam kontek Islam juga selain daripada dua sektor tersebut strukturnya mempunyai satu lagi sektor iaitu sektor ijtimae.

Sumber ijtimae berdasarkan kepada sunnah Rasulullah (s.a.w) dan Khulaffah Arrashidin. Maksud Firman Allah :

"Dan sesungguhnya engkau adalah mempunyai akhlak yang termulia (Al-Qalam 4)."

Di zaman moden ini keseluruhan tumpuan pemikiran dan pembangunan ilmu adalah bertujuan untuk memaksimakan hasil berupa matabenda.

Organisasi dan struktur negara adalah juga untuk mencapai setinggi pembangunan fisikal dan mental tetapi tidak spiritual atau rohani.

Dengan itu diwujudkan pasaran untuk menampung keperluan manusia yang hari demi hari bertambah dengan berlipat ganda.

Organisasi pasaran akan menawarkan nilai tertentu dan bidang perniagaan akan kalut untuk menyediakan keperluan untuk perbekalan kepada permintaan tersebut.

Tenaga-tenaga petugas samada sebagai pentadbir ataut pengurus adalah sama-sama mengejar upah atau keuntungan yang senantiasa tidak boleh memberi kepuasan.

Taraf kehidupan akan meningkat dengan meningkatnya sara hidup serta meningkatnya juga kebanggaan diri dan status dalam masyarakat.

Jika didorong oleh perasaan tamak dan haloba sedikit demi sedikit akan terjerumus dan terperangkap dalam sifat individualistik.

Kebebasan begini yang memencilkan, yang dipertahankan oleh system sekarang bukannya sifat meriah masyarakat dan bersama-sama mendahulukan kepentingan masyarakat daripada kepentingan peribadi.

Sumber utama untuk membetulkan semula kepincangan yang sedang berlaku sekarang dan telah menjadi satu trend, ialah merujuk semula kepada sikap Rasulullah (s.a.w) terhadap matabenda. Sikap tersebut adalah akhlak seperti dimaksudkan di dalam ayat di atas.

Dari sudut ini ada dua perkara penting yang perlu difahami.Pertama, perncapaian dan keberhasilan matabenda bukan menjadi objektif utama dan keduanya tidak dipengaruhi oleh perasaan megah atau bermewah dengan keberhasilan matabenda (seperti ghanimah).

Pada hari ini ramai orang di kalangan rakyat yang berasa lebih puas dengan hasil kerja (job satisfaction) yang mereka berikan daripada semata-mata diukur dengan sara pendapatan.

Ini berlaku di kalangan professional, ahli-ahli sains pakar dan juga pentadbir dan pengurus.

Ganjaran yang mereka dapat cukup untuk menampung keperluan hidup berkeluarga, selainnya mereka mengharapkan pengiktirafan.

Kalau kita mengambil kehidupan Rasulullah (s.a.w) dan Khulaffah Arrashidin sebagai contoh yang paling ekstrim, ia boleh dijadikan sebagai ukuran akhlak standard terhadap kemampuan menguasai metabenda tetapi menjalani hidup yang bertenaga dengan kemampuan tersebut.

Satu pemaparan yang agak aneh sekarang tetapi inilah akhlak Islam dan ini juga menjadi sumber dan lambang kepada punca keadilan sosial yang hendak dibina di abad ini dan akan datang.

Sumbangan khidmat dari pengorbanan yang diberikan tidak mengharapkan habuan matabenda atau nilai pasaran tetapi semata-mata kerana Allah.

Kita tahu bahawa sebahagian besar daripada masyarakat sememangnya bergantung kepada keperihatinan belas kasihan daripada segolongan besar juga daripada golongan masyarakat.

Tetapi keadaan sebenar seperti ini tidak diambil hal oleh system yang berkuasa sekarang kerana penekanannya kepada system nilai matabenda.

Dengan itu segala sifat keperihatinan belas kasihan sesama manusia tidak diambil kira.

Dengan erti kata lain system demokratik kapitalis tidak mengiktiraf dan memberi ganjaran sewajarnya kepada sumbangan khidmat sukarela dalam struktur pemerintahan.

Oleh itu keadilan dalam pemerintahan sudah tentu tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

Mereka yang mempunyai sifat tamak haloba, berkepentingan diri dan pandai gelecek akan cepat jadi kaya dan dengan kekayaan boleh mendapat kedudukan dan pengiktirafan.

Harta kekayaan juga akan berkisar di kalangan yang berpunya.

Perlembagaan Islam akan memasukkan sektor ijtimae sebagai salah satu daripada sektor teratas daripada dua sektor lain.

Ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan secara tertentu bagi menggalakkan lagi golongan masyarakat masyarakat yang bekerja untuk kepentingan masyarakat daripada kepentingan diri.

Mereka tersebut boleh bergiat di dalam kedua sektor lain seperti sebagai pentadbir atau pengurus atau sebagai ahli perniagaan tetapi senantiasa mendahulukan kepentingan masyarakat dan kerjaan membantu mereka untuk berjaya.

Mereka juga akan diberikan penghargaan dan protokol tertentu sebagai sanjungan kepada khidmat bakti dan pengorbanan mereka.

Dengan cara ini sahaja masalah kepincangan sistem sosial yang berlaku sekarang dapat diatasi kerana dari satu aspek penting sememangnya syistem tidak dapat menentukan kejayaan, tetapi yang boleh menentukan kejayaannya ialah kewibawaan manusia sendiri dan dengan itu berlakunya keadilan sosial akan lebih terjamin.

Dari satu sudut lain, sistem nilai yang berlaku sekarang akan berubah kepada lebih prihatin dan sebenarnya penyayang.

Perkara keempat ialah kebebasan beragama. Di antara perkara penting di dalam Perlembagaan Madinah ialah memantapkan hak-hak beragama kepada orang-orang bukan Islam.

Walaupun Perlembagaan Malaysia meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan ianya bersyarat iaitu agama-agama lain bebas untuk diamalkan {Perkara 3 (i)}.

Di dalam Islam hak dan kebebasan beragama adalah dijamin malah sememangnya ada persamaan, tetapi jaminan itu menjadi lebih kukuh kerana ianya dihubungkait dengan aqidah seorang Muslim dan dengan itu menjadi tanggungjawab negara Islam untuk menjaga kebebasan tersebut.

Perkara kelima ialah sistem demokrasi. Ada beberapa lagi aspek yang perlu disentuh untuk menunjukkan perbezaan di antara Perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan Islam tetapi yang pentingnya adakah system demokrasi dalam Perlembagaan Islam?

Persoalan masih belum diselesaikan secara ilmiah. Sistem demokrasi telahpun diterima dan setakat ini tidak aka kritikan jelas oleh para ulamak yang mungkin menyakinkan kita bahawa sistem pengundian ini tidak bertentangan dengan Islam.

Oleh itu kalau Islam menerima sistem demokrasi dan Islam juga menjamin hak beragama kepada yang bukan Islam, perbezaan hanya tinggal pada kandungan kepada sebahagian daripada undang-undang hak, kebebasan wanita yang dilihat daripada kacamata berbeza dan system ekonomi.

Rumusan

Berdasarkan kepada kajian-kajian seperti di atas, untuk mengubah sumber rujukan perundangan kepada Al-Quran dan As-Sunnah, mengwujudkan Majlis Syura adalah satu perkara yang memerlukan pindaan kepada Perlembagaan Malaysia yang mana proses tersebut memerlukan pengundian dua pertiga ahli Parlimen.

Jika perubahan tersebut dibuat pada peringkat Perlembagaan Negeri, ini sudah tentu bercanggah dengan peruntukan Artikel 4(i) Perlembagaan Persekutuan dan akan mengundang padah kerana Perlembagaan Negeri berkenaan boleh digantung.

Oleh itu dicadangkan langkah pertama ialah membetulkan persepsi Islam dalam perlembagaan Negeri dulu dan ini tidak ada alasan bagi Kerajaan Pusat untuk mencampurtangan dan dari segi politiknya akan memberi jarak politik yang baik kepada parti Islam.

Jika parti Islam mampu pula berkuasa di peringkat pusat tetapi tidak dua pertiga majority, kaedah yang sama boleh digunakan untuk menguatkuasakan pengertian Islam melalui Undang-Undang Tafsiran. Pindaan kepada Undang-undang Tafsiran boleh dibuat melalui majority biasa.

Walaupun ianya bukan undang-undang perlembagaan, tetapi ianya adalah undang-undang juga.

Cadangan ini tidak langsung menyentuh hak dan kebebasan orang-orang bukan Islam seperti yang sedia terjamin dalam perlembagaan sekarang.

Kenapa Memilih PAS??

Saya bukanlah ahli PAS mahu pun wakil rakyat PAS ataupun jentera pilihanraya PAS akan tetapi cuma sekadar ingin berkongsi ilmu yang saya dapat daripada sahabat saya yang sedang berjuang atas nama PAS.
Kisahnya bermula apabila saya merasakan sesuatu kepelikan apabila para sahabat saya ni amat bersemangat berjuang atas menggunakan wasilah PAS walaupun PAS mengalami kekalahan yang amat teruk pada pilihanraya yang lepas khususnya di Terengganu. Saya melihat kebanyakan ahli-ahli PAS ni sudah patah semangat kerana kekalahan tersebut akan tetapi saya melihat dimuka sahabat saya ini tidak pernah terpancar kemuraman akibat kekalahan tersebut malah lebih bersemangat lagi! Pelikkan? Dah la kalah tapi masih bersemangat dan masih ingin berjuang tanpa henti-henti.

Untuk mengelak daripada persoalan itu bermain di kepala, sayapun cubalah mengorek rahsia sahabat saya ni yang saya gelarkan sebagai Hamid. Hamid hanya tersenyum sahaja apabila saya bertanya akan hal tu. Perkara pokok pertanyaan saya ialah mengapa Hamid memilih PAS sebagai wadah perjuangan Islam, padahal banyak lagi cara untuk berjuang untuk Islam mengapa PAS dipilih sedangkan PAS hanya memperjuangkan politik sahaja, mengapa Hamid tidak memilih organisasi yang lain? Sebagai contohnya Hamid boleh berjuang mengikut saluran Umno yang membawa Islam Hadhari yang nampaknya diterima oleh rakyat Malaysia berikutan kemenangan pilihanraya yang lepas ataupun Hamid boleh berjuang bersama-sama ABIM, JIM mahupun Tabligh sekalipun! Mereka juga memperjuangkan Islam. Mengapa PAS juga dipilih oleh Hamid?

Hamid dengan berwajah tenang menjawab kesemua soalan yang diajukan dengan penuh ilmiah. Terasa keikhlasan dihatinya menjawab semua soalan yang diajukan oleh saya ini yang serba kekurangan ilmu. Maaf Hamid kalau dulu saya terkasar bahasa menanyakan soalan.

Disini saya sertakan jawapan Hamid yang saya rasakan patut saya kongsikan kepada anda semua.
Jawapan Hamid kepada Saya...


Wahai sahabatku, adalah menjadi satu perkara ganjil dan pelik. Jika seseorang itu berjuang di dalam sebuah gerakan atau jemaah Islam tanpa dia sendiri mengetahui akan sebab musababnya mengapa dia perlu memilih dan menyertai jemaah tersebut. Maka disini Hamid akan menerangkan seberapa daya yang dapat memastikan bahawa setiap individu yang memilih Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bukan sekadar yakin tetapi mampu berhujah dan mempertahankan pegangannya dan bukannya taklid buta ataupun hanya mengikut orang sahaja. Itulah sebabnya mengapa kebanyakan ahli PAS tidak merasakan dirinya kalah didalam pertarungan pilihanraya yang lepas akan tetapi terpancar kepuasan kerana mereka semua telah sedaya upaya berjuang kerana mereka meyakini bahawa mereka berjuang di atas jalan yang benar!


Firman Allah SWT dalam surah al-Isra ayat 36

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua itu akan diminta pertanggungan jawabnya."

Sahabatku, sebelum Hamid melangkah lebih jauh lagi maka perlulah Hamid membawa kamu menyorot kembali akan rentetan sejarah agar ia dapat menjadi pedoman untuk kita, bahawa untuk berjuang menegakkan kalimah Allah itu tidaklah semudah menabur benih di atas tapak semaian.

Peranan untuk mendidik dan membina individu-individu, masyarakat dan negara supaya menjalani kehidupan seharian di atas paksi tauhid adalah menjadi tugas dan tanggungjawab mereka yang memerintah, samada pemerintah negara atau khalifah Islamiyyah. Peranan ini berjaya dilaksanakan sewaktu pemerintahan Rasulullah SAW, diikuti oleh Khulafa' ar-Rasyidin dan para pemimpin Khalifah Islamiyyah yang terakhir.

Jika kamu hendak tahu bahawa setelah keruntuhan Khalifah Islamiyyah di Turki pada tahun 1924, peranan menggerakkan Harakah Islamiyyah tidak lagi berada di bawah pemerintah Islam. Jika ditinjau dan dibuat penelitian dapatlah kita lihat dengan ketiadaan sesebuah khalifah, maka umat Islam ditindas dengan sewenang-wenangnya.

Ia semakin parah dengan adanya anak didik mereka (pihak penjajah) yang mereka bentuk melalui sistem pendidikan yang berteraskan Barat dengan tujuan agar anak-anak didik ini terus mengikut kemahuan pihak mereka walaupun negara tersebut sudah merdeka. Cuba kita tengok keadaan Malaysia sekarang ini dan bandingkan dengan apa yang Hamid telah cakapkan.

Maka dengan itu para ulama' di negeri atau wilayah masing-masing bertindak menubuhkan jamaah Islam dengan tujuan untuk menyeru umat Islam agar kembali kepada Islam dan ditegakkan sebuah Khilafah Islamiyyah. Dengan itu tertubuhlah jamaah-jamaah seperti Gerakan al-Ikhwanul Muslimun yang diasaskan oleh as-syahid Imam Hassan al-Banna di Mesir pada tahun 1928, Jami'at al-Islami oleh al-Ustaz sayyid Abul A'la al-Maududi di Pakistan pada tahun 1940, Gerakan Jami'atun-Nur oleh Badi'uzzaman Said al-Nursi di Turki. Gerakan Masyumi oleh Bapak Muhammad Nathir atau Tengku Muhammad Daud Buru'eh di Acheh pada 1912 dan Gerakan Hizbul Muslimin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir di Tanah Melayu pada tahun 1948 yang kemudiannya diharamkan oleh penjajah British dan seterusnya disambung oleh Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS) pada tahun 1951.


Mengapa Hamid memilih PAS sebagai jamaah yang perlu didokongi dan bukannya jamaah lain? Wahai sahabatku! Itulah sebabnya Hamid memilih PAS sebagai wadah perjuangan banyak sebabnya, nanti Hamid akan memperincikan kepada kamu tentang sebab musababnya kemudian.

Cuma apa yang perlu Hamid tekankan ialah terhadap PAS tidak pula mempunyai ta'sub terhadap PAS atau kepada pimpinan PAS, namun bersifat terbuka tanpa menidakkan sumbangan orang lain ke arah mempercepatkan perkembangan Islam di Malaysia khususnya.

Walau bagaimanapun kita menganggap bahawa jamaah lain adalah sebagai adik kita dimana kita sebagai abang tidaklah boleh melatah jika diusik oleh adik kita.

Sahabatku, untuk menjelaskan mengapa PAS yang dipilih maka Hamid akan pecahkan kepada dua bahagian iaitu pecahan pertama iaitu ciri-ciri sebuah Harakah Islamiyyah dan pecahan kedua ialah Hizbullah Hanya Satu.

Sahabatku, sebelum kita memilih jemaah untuk diperjuangkan, kita mestilah memastikan samada Jemaah itu mempunyai ciri-ciri sebuah Harakah Islamiyyah ataupun tidak. Sahabatku, seseorang yang melibatkan diri dalam amal Islami, wajib terlebih dahulu memahami dan mengenali terlebih dahulu jamaah yang hendak disertainya. Ini bertujuan supaya mereka membuat pilihan yang tepat dan dapat menyumbangkan tenaga mereka secara berkesan dan sekaligus tenaga-tenaga ini dapat dimanafaatkan untuk mencapai cita-cita menegakkan Islam di bumi Allah SWT.

Untuk permulaan Hamid akan menyebut ciri jamaah Islam yang umat Islam wajib bergantung dengannya untuk bersama-sama memikul tugas pejuangan Islam. Ciri pertama ialah sesuatu jemaah yang ditubuhkan di atas kesedaran untuk melaksana (pembaharuan berdasarkan Islam).

Saya terlopong mendengar kerana baru pertama kali itulah mendengar perkataan yang saya merasakan pelik, Hamid melihat saya terlopong dengan tersenyum. Lalu Hamid menjawab..

Sahabatku, janganlah terburu-buru untuk memahami sesuatu perkara kerana manusia ini dijadikan berperingkat-peringkat, ia kena melalui beberapa perkara dulu untuk memahami apa yang dikehendaki itu.

Saya tersipu-sipu malu mendengar teguran Hamid, salah saya sebab tergopoh-gopoh sangat.

Penubuhan jamaah untuk perjuangan Islam adalah satu urusan yang berhubung dengan perintah Allah yang wajib dilaksanakan. Ianya ditubuhkan di atas kesedaran untuk memelihara dan memperjuangkan ketinggian ajaran Islam dan kemuliaannya.

Apabila timbul satu keadaan di mana umat Islam dan pemerintahannya meninggalkan ajaran Islam maka Allah pasti akan menggantikan mereka dengan satu golongan baru yang akan berjuang menegakkan Islam.

Firman Allah SWT di surah al-Maidah ayat 54 hingga 56

"Wahai orang-orang yang beriman! Barang siapa yang murtad di kalangan kamu dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah, yang bersikap lemah lembut terhadap orang-orang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela, itulah kurniaan Allah yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya wali kamu hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat seraya mereka tunduk (kepada Allah). Dan barangsiapa yang mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolong mereka, maka sesuangguhnya HIZBULLAH itulah yang pasti menang."

Selain daripada itu, Rasulullah SAW juga telah menyebutkan bahawa akan sentiasa ada dikalangan umatnya yang akan memperbaharui urusan agama yang telah diselewengkan.

Baginda telah bersabda:

"Sesungguhnya Allah akan membangkitkan untuk umat ini bagi setiap seratus tahun, seseorang yang akan memperbaharui urusan-urusan agamaNya"

Sahabatku, kesemua yang telah disebutkan tadi adalah merupakan ciri pertama sebuah Harakah Islamiyyah, kita pergi pula kepada ciri kedua iaitu Jemaah yang mendokong dan memelihara kesyumulan (kesempurnaan) ajaran Islam dan kesejagatanya.

Kalaulah kamu nak tahu, setelah sesebuah Harakah Islamiyyah itu ditubuhkan di atas kesedaran untuk melaksanakan tajdid, maka perlulah ia mendokong dan membawa semua atau keseluruhan daripada ajaran Islam tanpa memberi pengecualian.

Ciri yang pertama yang telah Hamid sebutkan tadi tidak membawa apa-apa makna sekiranya jemaah tidak sanggup menyatakan secara jelas dan nyata samada secara lisan atau tulisan, bahawa jemaah berkenaan memperjuangkan Islam secara syumul!

Ini menepati perintah Allah SWT yang memerintahkan umat Islam yang telah menyatakan keimanan mereka dengan Islam agar menerima Islam seluruhnya

Firman Allah SWT

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan." (surah al-Baqarah ayat 208)

Daripada ayat yang telah disebutkan oleh Hamid tadi bermakna kita tidak boleh mengambil sebahagian daripada Islam dan menolak sebahagian yang lain, seperti mana Islam Hadhari, Islam Hadhari adalah konsep merupakan satu juzuk daripada al-Quran maka konsep itu hendaklah ditambah lagi dengan kesemua elemen-elemen Islam yang lain yang menyebabkan menjadikan Islam itu syumul.

Kalau tidak perbuatan sedemikian rupa seperti mana mengagungkan Islam Hadhari meninggalkan sebahagian yang lain adalah dikutuk dan mendapat ancaman daripada Allah SWT seperti mana Firman Allah SWT

"Apakah kamu beriman dengan sebahagian al-Kitab (Taurat) dan engkar terhadap sebahagian yang lain? Tiada balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia dan pada hari Kiamat mereka dikembalikan kepada siksaan yang amat berat."
(surah al Baqarah ayat 85)


Di dalam hal ini PAS dengan tegasnya menyatakan bahawa Islam mestilah ditegakkan di Malaysia dan bukan secara tempelan sahaja. Pimpinan PAS sering mengingatkan anggota jemaahnya serta masyarakat Malaysia bahawa hanya dengan Islam sahajalah akan membawa kesejahteraan kepada masyarakat dan negara!

Sekarang kita pergi terus kepada ciri kedua iaitu Jemaah yang memelihara tradisi ilmiyyah dan 'aqliyyah, Apa makna tu? Ia memberi makna bahawa usaha untuk menggiat ilmiyyah dan 'aqliyyah di samping kegiatan-kegiatan yang lain mestilah digerakkan oleh Harakah Islamiyyah.

Kegiatan yang bercorak amali seperti kegiatan ekonomi, sosial, politik dan pendidikan adalah amat penting dan harus dipertingkatkan dari masa ke semasa, namun kegiatan ilmiyyah adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat adalah amat penting.

Ini kerana adanya kefahaman Islam yang tinggi barulah satu perjuangan itu memberi makna dan
tidak sekadar di atas semangat yang berkobar-kobar semata-mata. Jika dikaji, inilah perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sewaktu menghadapi masyarakat jahiliyyah pada waktu itu.

Satu perjuangan lebih-lebih lagi diatas nama Islam sudah pasti akan memerlukan pengorbanan yang tinggi dan seterusnya menghadapi ujian yang banyak. Maka jika tidak ada kefahaman, keimanan dan amalan, sudah pasti seseorang itu hanyut dibawa dek harus kerana kejahilan dirinya sendiri

Sabtu, 26 April 2008

Pembela Al-Quds : UMAR AL-KHATTAB

Nama sebenarnya Umar bin al-Khattab bin Naufal. Beliau dari suku Quraisy Bani Adi. Lahir pada tahun 583M. Rasulullah s.a.w. menggelarnya dengan nama al-Faruq yang bererti oreang yang tahu membezakan antara yang benar dan yang salah Saiyidina Umar r.a. juga terkenal sebagai ahli sastera yang hebat, syair yang bijaksana,pahlawan yang berani, orang yang adil dan mematuhi perintah Allah SWT.

Semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab r.a. banyak Negara telah berada dibawah pmerintahan Islam termasuklah Palestin di mana terdapat kota Baitu Maqdis. Umar al-Khattab telah berjaya membebaskan Baitu Maqdis atau al-Quds dari kekuasaan empayar Rom yang zalim. Penduduk al-Quds ketika itu majoritinya beragama Kristian menyambut dengan gembira pemerintahan Islam kerana mereka merasakan bebas dari penindasan dan kezaliman pemerintah Rom sebelum itu.

Setelah al-Quds jatuh ke tangan tentera Islam, penduduk beragama Kristian ingin membuat perjanjian damai dengan Khalifah Umar al-Khattab r.a. sendiri, mereka enggan membuat perjanjian dengan sesiapa pun di kalangan ketua-ketua Islam yang lain. Ini kerana mereka ingin melihat sendiri wajah Khalifah Umar al-Khattab r.a. yang terkenal dengan sifat adil dan kasihnya kepada golongan mustadaffin, fakir dan miskin. Mereka sanggup menunggu kedatangan Umar al-Khattab r.a.

Britsh bertanggungjawab membenarkan bumi Palestin diduduki Israel .


Khalifah Umar al-Khattab memahami hasrat rakyat al-Quds, maka beliau pun berangkatlah ke sana dengan seorang pengiring dan seekor unta sebagai tunggangan dari Madinah. Oleh kerana ada hanya seekor unta sebagai tunggangan, maka khalifah dan pembantunya membuat persetujuann untuk menunggang unta secara bergilir-gilir dengan pembantunya, dimulai dengan khalifah selepas itu pembantunya sehinggalah tiba di kota al-Quds.

Apabila hampir tiba di ibu kota al-Quds, tibalah giliran pembantunya menaiki unta dan khalifah berjalan kaki. Pengiringnya enggan menaiki unta kerana dilihatnya ramai penduduk sedang menyambut kedatangan khalifah Umar al-Khattab, pada pendapatnya tentulah tidak wajar dia yang menunggang unta sedangkan khalifah berjalan kaki. Lagi pun penduduk menunggu kedatangan khalifah, sudah tentu khalifah yang sepatutnya diberi penghormatan menunggang unta bukan pembantunya.

Khalifah Umar al-Khattab marah dengan sikap pembantunya kerana menurut persetujuan sebelum berangkat mereka akan bergilr-gilir menunggang unta, kini adalah giliran pembantunya. Umar al-Khattab dengan tegas tetap menyuruh pembantunya menunggang unta. Menurut Umar al-khattab r.a. "inilah ajaran Islam, keadilan adalah hampir kepada taqwa, aku tidak sedikit pun keberatan berjlan kaki sedangkan engkau menunggang unta. Dan aku sama sekali tidak berasa terhina berbuat demikian. Terpulanglah kepada penduduk Baitul Maqdis untuk membuat tafsiranmasing-masing. Aku sanggup beri penjelasan jika mereka kehendaki. Nah sekarang, ikut perintahku, ikut perintah khalifahmu, naiklah untaini".

Israel berfahaman Zionis menganggap bangsa lain adalah binatang, maka boleh diperlakukan sesuka hati


Setelah memasuki kota al-Quds, berduyun-duyunlah penduduk menyambut kedatangan khalifah Umar al-Khattab r.a., alangkah terkejutnya mereka melihat melihat peribadi agung khalifah yang masuk berjalan kaki sedangkan pembantunya menaiki unta. Dengan perasaan hairan bercampur kagum mereka menyaksikjan kejadian yang mengusik kalbu tersebut.

Betapa besarnya perbezaan khalifah Islam dengan Raja Rom yang memerintah mereka sebelum ini. Ini menambahkan lagi rasa hormat mereka pada khalifah Islam yang rendah diri. Inilah salah satu dari keadilan Umar al-Khattab r.a. Berapa ramai pemimpim dan raja-raja yang sanggup mencontohi peribadi mulia ini dizaman sekarang?

Temuramah Eksklusif bersama Isteri as-Syahid Dr Aziz Rantisi

Anda sudah tahu akan syahidnya Dr Aziz Rantisi. Setiap kehebatan seorang suami pasti ada pendorong tidak lain tidak bukan isterinya yang bernama Puan Rasa (Ummu Muhammad) . Mari sama-sama kita selami akan ketabahan hidup beliau sebagai seorang isteri kepada pejuang yang hebat ini.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.

Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan perolehi dari Allah (sesuatupun)yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Al-Baqarah : 120)

Kata-katanya (isteri as-Syahid) menggambarkan kesabaran yang luar biasa dan pendirian yang mengkagumkan. Sinar suara yang tiada nilaian serta tutur katanya yang lemah lembut. Apa yang lebih penting, sifat tawadu? terhimpun pada percakapan, perbualan juga tindak-balasnya. Kami katakana kepadanya : Sesuailah ungkapan kepada puan ( Di sebalik setiap lelaki hebat pasti ada seorang wanita).

Kata beliau ? TIDAK! Demi Allah, jika ada di sana wanita yang menjadi sebab kejayaan Dr. Rantisi dan menjadi sebab sampainya matlamatnya tidak lain tidak bukan adalah ibunya yang membimbing dan mendidiknya, ibunyalah jua yang menanamkan kewibawaan, keizzahan? maka dengan kalimat inilah bermulanya dialog kami bersama Puan Rasa (Ummu Muhammad) isteri as-Syahid Dr. Abdul Aziz ar-Rantisi.
(gambar kanan) Puan Rasa (Ummu Muhammad)

Bagaimana titik perkenalan puan dengan as-Syahid?

Saya seorang gadis yang telah tamat pendidikan menengah dan ketika itu saya bukanlah pendokong terus kepada gerakan Islam tetapi saya menyokong ke arahnya, tidak seperti sahabat-sahabat sebaya dengan saya yang menjadi pendokong terus kepada gerakan Islam. Saya sangat berkeinginan untuk menyempurnakan pengajian di universiti tetapi kedua orang tua saya membantah kerana niat saya adalah untuk ke Mesir bagi meneruskan pengajian saya. Semasa Abu Muhammad (Dr. Rantisi) masuk meminang saya, saya dapati padanya terdapat sifat-sifat yang menjadi idaman gadis-gadis, lebih-lebih lagi kerjayanya sebagai seorang doctor. Beliau tidak pernah menyakiti atau melukai saya walaupun hanya dengan satu kalimah dan beliau sentiasa menjaga kebenaran, oleh itu beliau menjadi amat istimewa di kalangan masyarakat.


Apakah cabaran, mehnah dan tribulasi yang as-Syahid hadapi?

Saya telah bersedia dengan masalah penahanannya samada pada intifadah pertama atau kedua, perkara ini pastilah amat sukar bagi saya pada permulaannya tetapi apa yang membuatkan saya teguh dan cekal ialah keimanan bahawa Allah s.w.t telah yang mentakdirkannya sebegitu. Sesungguhnya gerakan ini adalah tanggungjawab kita samada beliau bersama atau tidak.
Ketika percubaan membunuh beliau pada tahun lepas, ketika itu saya sedang bekerja, saya jadi kaku dan segala kerja saya terhenti lalu saya memohon untuk pulang ke rumah. Saya yakin adalah sukar untuk sampai ke Hospital Shifa?yang dipenuhi dengan kebanyakan orang dan saya telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Harus kita ketahui sesungguhnya jalan yang dilalui oleh Abu Muhammad (as-Syahid) sepanjang kehidupan jihadnya selama lebih 30 tahun adalah semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t. Hanya dengan itu akan tercapai kebahagian yang hakiki. Jalan ini bukanlah jalan yang dihampar dengan permaidani mera. Ia penuh dengan halangan dan pengorbanan tetapi matlamat mulia yang diimpikan menjadikan manusia itu jauh daripada rasa rendah diri dan hina dengan apa yang dibawa. Ini adalah sunnatullah dalam dakwah semenjak saidina Adam a.s. sehinggalh ke hari ini.


Bagaimanakah metod Dr. Rantisi dalam mendidik anak-anak?

Dalam kemuncak kesibukannya, walaupun dikritik dan ditekan oleh pelbagai pihak termasuk media, sewaktu beliau di rumah jika ada sesuatu yang ingin diambil dan masuk ke bilik, apabila terlihat cucunya atau menantunya ataupun salah seorang daripada anak-anaknya maka cepat-cepat beliau tersenyum dan bertanya khabar dan keadaan mereka. Beliau amat mengambil berat walaupun perkara yang kecil kepada setiap orang yang bersamanya seperti mana telah saya jelaskan tadi bahawa beliau sangat menjaga hubungan silaturahim walaupun hanya berhubung melalui telefon. Tambahan pula beliau adalah seorang yang amat menyayangi kanak-kanak terutama cucunya yang seramai 14 orang. Anak beliau Ahmad 21 tahun, yang terlibat dalam operasi pembunuhan tersebut amat menyerupai ayahnya samada dari segi luaran mahupun dalaman. Dia bercita-cita mengikut jejak langkah bapanya. Ahmad juga seorang pemuda yang amat menjaga kesatuan bersama rakan-rakannya serta sentiasa menekankan sifat tawadu? dan kepercayaan kepada diri.


Bagaimana penerimaan Dr. Rantisi tentang berita syahidnya Syeikh Yasin?

Dr. Rantisi amat terkesan dengan kesyahidan pemimpin yang juga sahabatnya. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas ketka majlis peringatan as-Syahid Syeikh Ahmad Yasin. Saya lihat beliau menangis ketika mana disebut nama sahabat beliau itu, beliau merasakan amat berat unutk memikul tanggungjawab meneruskan perjuangan yang amat penting dan berat ini. Akhirnya, beliau bersetuju meneruskan hadaf perjuangan beliau dan para saudaranya.


Adakah Dr. Rantisi terkesan dengan operasi pembunuhan Syeikh Ahmad Yasin?

Saya teringat kata-katanya pada majlis peringatan tersebut, dia tidak menyalahkan Sharon atas tindakan biadap tersebut tetapi sebagai seorang insan seperti Syeikh Ahmad Yain, jika beliau tidak dibunuh beliau akan tetap mati. ? Sesiapa yang tidak mati dengan mata pedang, pasti akan mati juga dengan sebab lain, sebab kematian itu berbagai-bagai dan mati itu hanyalah satu?. Saya tidak akan lupa kalimah suami saya, dan ia amat mempengaruhi diri saya katanya, ? Wahai Syeikh! Kami pasti akan menyusuli setelah pemergianmu?.


Apakah wasiat Dr. Rantisi kepada puan sekeluarga sebelum pemergiannya?

Sepanjang kehidupan beliau ?Berjuang..Berjihad..? ;ebih dari 30 tahun, beliau adalah seorang mujahid ?Penyuluh ke jalan Allah? samada dari segi muamalat, akhlak, jihad, ibadat, kemasyarakatan, politik dan perhubungan adalah merupakan satu wasiat yang paling besar buat kami... kami akan berpegang dengan didikan beliau, Insya-Allah.


Bagaimana penerimaan puan terhadap berita kesyahidan Dr Rantisi?

Perasaan yang sama sepertimana isteri lain kehilangan suami.. walaupun saya telah kehilangan suami tetapi saya tidak kehilangan iman dan pendirian saya tehadap Allah s.w.t, maka ini adalah suatu ?fadlun? pemberian Allah s.w.t. Setelah beliau keluar dari rumah, beberapa minit kemudian saya terdengar beberapa letupan (tembakan) ketika itu, saya yakin bahawa letupan itu ditujukan kepada suami saya. Beberapa ketika kemudian saya bertambah yakin apabila mendengar radio ?Suara Aqsa? pada waktu itu berkumandang azan Isya? kemudiannya mengumumkan tembakan yang berlaku ke atas kereta beliau, beliau sendiri serta pengiringnya telah syahid. Lidah saya ketika itu mengulang-ulang kalimah Alhamdulillah kemudian saya terus berwudu? dan mendirikan solat Isya?. Saya berdoa kepada Allah agar menetapkan pendirian saya dan anak-anak. ?dan Allah s.w.t sendiri telah memberi jaminan akan memperkenankan doa hambanya apabila berdoa..?


Adakah Dr. Rantisi sendiri merasakan bahawa dirinya telah dekat dengan syahadah?

Tidak ada apa-apa tanda ke arah itu?dan persedian beliau adalah setiap saat, masa, jam dan seluruh hidupnya adalah menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh ikutan terbaik. Setiap pekerjaan yang dilakukannya dibina atas asas taqwa kepada Allah, ikhlas serta menggunakan masa dengan sebaik-baiknya?beliau mengamalkan Islam secara sempurna dan memberikan setiap yang berhak akan haknya?


Setiap para syuhada? akan ada tanda-tanda kemuliaannya?maka apakah karamah Dr. Rantisi?

Darah as-Syahid terus mengalir keluar walaupun setelah 20 jam selepas beliau syahid, haruman kasturi menyeliputi seluruh jasad beliau. Di samping itu, kami sekeluarga merasakan bahawa Allah telah memberikan keteguhan hati dan ketabahan kepada kami selepas beliau syahid. Akhirnya, senyuman yang tergambar jelas di bibirnya?bagi saya itu adalah karamah as-Syahid.


Bagaimana kehidupan Dr. Rantisi sebagai seorang bapa, suami, datuk dan pejuang?

As-Syahid merupakan seorang berperi Islam yang unggul sesuai dengan sepotong ayat yang bermaksud : ?Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu? (Az-Zariyat : 56). Beliau mencontohi Rasulullah s.a.w samada dari segi akhlak, hubungan masyarakat, kekeluargaan dan perjuangannya ke semua ini pada as-Syahid adalah satu ibadah, samada mentaati ibunya, pergaulan bersama isterinya, memuliakan anak-anak, gurauan bersama cucu-cucunya dan bersikap tegas terhadap kuffar serta musuh Islam. Manakala di pejabatnya beliau bersifat tawadu? dengan sesiapa yang bermuamalah dengannya.


Sikap atau sifat as-Syahid yang tidak akan puan lupakan?

Sepanjang kehidupan suami saya adalah sikap yang tidak dapat dilupakan selamanya. Tetapi di sana ada satu situasi yang saya ingin kongsi bersama, ketika saya sedang mengemas rumah dengan tidak sengaja televisyen yang saya angkat terjatuh dan menyebabkan ia tidak berfungsi lagi, saya rasa amat bersalah di atas peristiwa tersebut kerana selepas keluarnya Dr. Rantisi dari tahanan memang suar untuk kami membeli barang yang baru, tanpa saya sedari begitu beliau dating kepada saya dan bertanya sebab kerisauan hati saya. Apabila saya menceritakan segalanya lantas beliau berkata, ? Tiap-tiap sesuatu ada ajalnya yang telah Allah tetapkan, apa yang dikehendakiNya maka pasti akan berlaku ? kata beliau dalam keadaan tersenyum.


Apakah saat-saat terakhir Dr. Rantisi bersama keluarga? Dan apakah kalimah terakhir as-Syahid? Dan bagaimana keadaan diri beliau pada hari syahidnya beliau?

Saat akhir hidup beliau, tidak nampak perubahan yang ketara ketika bersama kami. Beliau sentiasa memberikan setiap yang berhak itu akan haknya walaupun beliau dalam keadaan sibuk...tentang hal-hal keluarga dan perkahwinan anak kami, iaitu Ahmad yang turut terkorban bersama ayahnya, mengenai persiapan perkahwinan, tempat tinggal dan sebagainya beliau kelihatan sangat gembira. Dan kalimah terakhir ketika beliau bersama kami ialah..?Tuhanku masukkan aku ke syurga?inilah kemuncak impianku..?


Apakah cita-cita Dr. Rantisi?

Cita-cita beliau ialah dapat bertemu dengan Allah dalam keadaan syahid..tidak ada yang lebih dari itu.


Bagaimana kehidupan as-Syahid ketika mana mengiri kesyahidan Syeikh Ahmad Yasin?

Saya memang tidak akan menyangka bahawa hidup beliau boleh berubah kerana sesungguhnya beliau sememangnya tahu hadaf hidupnya dan jalan terakhir yang akan di laluinya iaitu jalan Istisyad (mempersiap diri untuk syahid) dan Jihad.


Apa yang ingin puan katakana kepada muslimat Palestin yang sedang menunggu giliran syahidnya suami, bapa dan anak-anak mereka?

Saudari-saudariku yang dikasihi: Sesungguhnya peranan wanita bukan sekadar yang kamu sumbangkan sekarang sahaja, bahkan peranan kita adalah bersama para lelaki dan Rasul s.a.w yang mulia telah bersabda :
? Setiap kamu adalah ketua, dan setiap ketua pasti akan dipertanggungjawabkan ke atas orang bawahannya..dan wanita itu adalah dipertanggungjawabkan di rumah suaminya dan ia akan dipersoalkan apa yang di bawahnya ?. Sesungguhnya telah terakam contoh terbaik wahai saudari-saudariku yang dikasihi di lembaran-lembaran terdahulu, maka peranan kamu setelah syahidnya suami ataupun anakmu, ialah menyempurnakan peranan kamu dalam kehidupan mereka. Semoga Allah menetapkan pendirian dan menjaga serta menghimpunkan kamu bersama siapa yang kamu sayangi di bawah paying rahmatNya.


Kalimah taujihat untuk pemerintah negara-negara Arab, pemuda-pemudi Palestin khasnya dan pemuda-pemudi Arab umumnya?

? Dan peliharalah dirimu (dari azab yang terjadi) pada hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya ? (al-Baqarah : 281)
Untuk muda-mudi ingin saya katakan kepada mereka: ?Pulanglah kepada panduan asal kamu?kembalilah semula kepada keizzahan dan kemuliaan kamu?kembalilah kepada Islam, berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan jadikanlah ia sebagai perlembagaan hidup.

Gerakan Islam Moden

Gerakan Islam Moden
Ikhwanul Muslimin

Fatamorgana