Powered By Blogger

Rabu, 22 Oktober 2008

Dunia yang illusi...

Dunia Isyarat elektrik

Segala maklumat yang kita terima tentang dunia ini telah dihantar kepada kita melalui pancaindera. Dunia yang kita kenali adalah bergantung kepada apa yang dilihat oleh mata,disentuh oleh tangan, dihidu oleh hidung, dirasa oleh lidah dan didengar oleh telinga. kita tidak pernah meragui bahawa dunia luar adalah berbeza daripada apa disampaikan oleh lima pancaindera memandangkan anugerah pancaindera inilah satu-satunya pergantungan kita sejak dilahirkan.



Asas bagi pendekatan ini ialah dakwaan sebuah dunia luar yang terbentuk di dalam otak hanyalah sekadar respons yang terbentuk di dalam otak melalui isyarat elektrik. kemerahan epal, kekerasan kayu, ibu dan ayah serta kaum keluarga, dan segala apa yang kamu miliki, rumah, dunia dan barisan buku ini hanyalah isyarat elektrik semata-mata.



Kenyataan yang dikeluarkan oleh sebahagian saintis yang menyatakan bahawa "manusia adalah sebuah imej, segala yang telah dilalui adalah bersifat sementara dan menipu, dan alam semesta ini hanyalah bayangan", nampaknya telah dibuktikan oleh sains kini.



Bagaimana kita melihat, mendengar dan merasa??

Perbuatan melihat direalisasikan secara progresif. Sekelompok cahaya( foton) yang bergerak daripada objek ke mata menembusi kanta di bahagian depan mata di mana ia terpecah dan jatuh dalam keadaan songsang di atas retina yang terletak di bahagian belakang mata. Di sini, cahaya yang sampai dipindahkan oleh neuron ke satu titik kecil yang digelar pusat penglihatan di bahagian belakang otak. Isyarat elektrik akhirnya diterima sebagai sebuah imej di pusat ini iaitu dibahagian belakang otak yang gelap gelita dan sama sekali terasing dari cahaya

Sekarang mari kita kaji semula proses ini. Apabila kita menyatakan "saya melihat", kita sebenarnya melihat utusan yang sampai ke mata dan merangsang otak melalui isyarat elektrik. Oleh itu, apabila kita menyatakan 'saya melihat', kita sebenarnya memandang kepada isyarat elektrik yang berada di dalam minda.

Umumnya terdapat empat jenis reseptor yang berbeza di abahgian hadapan lidah manusia. ia mewakili rasa masam, manis, masin, pahit. Reseptor rasa menukarkan persepsi ini menjadi isyarat elektrik setelah melalui beberapa proses kimia dan menghantarnya ke otak. Rasa yang kita dapati ketika sedang makan coklat atau buah-buahan yang kamu gemari adalah hasil tafsiran isyarat elektrik oleh otak. Kita tidak akan dapat mencapai objek luar, kita tidak akan dapat melihat, menghidu atau merasa coklat itu sendiri. Sebagai contoh, sekiranya saraf rasa yang bersambung dengan otak terputus, maka tidak satu pun makanan pada waktu itu akan sampai ke otak. kita telah kelihangan deria rasa.

Deria pendengaran juga berfungsi dengan cara yang sama. Telinga luar menangkap bunyi- bunyi melalui cuping telinga dan menghantarnya ke bahagian tengah telinga: telinga tengah memindahkan getaran bunyi ke bahagian telinga dalamdengan menguatkannya: telinga dalam menghantar getaran ini ke otak dengan menukarnya menjadi isyarat elektrik. Seperti mata, perbuatan mendengar juga berakhir di pusat pendengaran otak

Di sini satu fakta menarik, kita tidak akan dapat memastikan apa yang kita rasai ketika makan dengan apa yang dirasakan oleh orang lain sama seperti mendengar bunyi dan melihat warna.

Adakah seluruh hidupan kita berlangsung di otak????

Satu perkara harus di perhatikan juga merupakan kekeliruan perasaan mengenai jarak. Sebagai contoh, jarak diantara kamu dengan blog ini hanyalah sebuah perasaan bejauhan yang terbentuk di dalam otak. Objek yang kelihatan berjarak dari sudut pandangan manusia pula hanya wujud di dalam otak. Contohnya, individu yang mendongak bintang di langit menganggap bahawa bintang itu terletak jauh berjuta-juta tahun cahaya. Tetapi apa yang dilihatnya adalah bintang yang terletak di dalam dirinya, iaitu di pusat penglihatan. Ketika membaca barisan ini, kamu sebenarnya tidak berada di dalam bilik seperti yang kamu fikirkan tetapi sebenarnya bilik tersebut berada di dalam kamu. Sesuatu yang harus diingat ialah tubuh badan juga adalah sebuah imej yang terbentuk di dalam otak.

Apakah kewujudan " Dunia luar" perlu???

Percayalah sebenarnya kita tidak mampu. Memandang setiap objek hanyalah sebuah himpunan persepsi dan ianya hanya wujud di minda kita, maka adalah lebih tepat untuk mengatakan bahawa dunia yang benar-benar wujud adalah dunia persepsi. Dunia yang kita tahu ialah dunia di minda kita. Persepsi ini mungkin datang daripada sumber tiruan. Rangsangan tiruan dapat menghasilkan sepenuhnya bayangan 'dunia kebendaan' di dalam otak. Sebagai contoh, mari kita fikirkan tentang sebuah alat perakam yang dapat merakam segala isyarat elektrik.(Jgn terkeliru bukan perakam suara tapi perakam isyarat elektrik). Pertama, kita hantarkan semua data-data yang berkaitan sebuah latar( termasuk imej badan) ke alat ini dengan menukarkan menjadi isyarat elektrik. Kemudian bayangkan kamu dapat memisahkan otak daripada badan. Akhirnya kita sambungkan alat perakam ini ke otak dengan elektrod yang berfungsi sebagai saraf dan menghantar data yang telah dirakam ke otak. Pada peringkat ini, kamu berasa seolah-olah berada di sebuah latar tiruan.

Sentuhan yang kita rasa apabila menyentuh meja dengan jari-jemari adalah gangguan elektrik ke atas elektron dan proton di hujung jari kita. Sekiranya gangguan yang sama muncul di hujung jari kita dengan cara lain, kita akan mengalami rasa yang sama walaupun sebenarnya tidak ada meja.

Sekarang fikirkan: Laptop,meja dan bilik di mana kamu berada, ringkasnya, semua imej di hadapan ang terlihat di dalam otak kamu. Benarkah atom-atom yang melihat seluruh imej ini? Atom yang buta, tuli dan mati? Mengapa sebahagian atom memperolehi kemampuan ini sementara yang lain tidak? Apakah perbuatan kita berfikir, memahami, mengingati gembira sedih dll m'gandungi tindakbalas elektrokimia di antara atom-atom ini?

Apabila kita memikirkan semua persoalan ini, kita akan mendapati bahawa tidak ada deria yang mempunyai sifat sedar di dalam atom. Adalah jelas bahawa zat yang melihat, mendengar dan merasa adalah jauh dari kebendaan. Zat atau makhluk ini bersatu dengan persepsi di hadapannya dengan menggunakan imej badan kita

Zat atau makhluk ini sebenarnya adalah roh

Persepsi yang kita gelar' dunia material' adalah sebuah mimpi yang dialami oleh roh ini. Seperti halnya badan yang kita miliki dan dunia material yang kita lihat di dalam mimpi adalah tidak benar, maka begitulah juga alam semesta yang kita diami dan tubuh badan yang kita miliki tidak mempunyai hakikat material. Kewujudan yang sebenar ialah roh. Kebendaan hanya mengandungi persepsi yang dilihat oleh roh. Makhluk bijak yang menulis dan membaca barisan ini bukan hanya sekadar terbina daripada himpunan atom dan molekul serta tindakbalas kimia di antaranya tetapi adalah sebuah roh.

Kewujudan yang sebenar

Bagaimanapun, seperti yang telah kita bincangkan, kebendaan pada hakikatnya adalah terdiri daripada sensasi-sensasi. Dan satu-satunya kewujudan yang hakiki adalah Allah. Ini bererti hanya Allah sahaja yang wujud : Segala kecuali Dia adalah kewujudan bayangan. Sudah pasti Allah berada di mana-mana dan meliputi segalanya.Cuba kita buka kitab Al-Quran Surah Al-Baqarah-225

SEGALA YANG KAMU MILIKI ADALAH ILLUSI

Sekiranya kamu memikirkan isu ini dengan jujur dan berani, kamu menyedari bahawa rumah,perabot di dalamnya, kereta,laptop, teman hidup, anak-anak, rakan-rakan dan segalanya yang kamu miliki sebenarnya termasuk dalam dunia luar yang dipersembahkan kepada kamu

Ini adalah sebuah kebenaran, kerana dunia hanyalah sebuah himpuan imej yang dijadikan medan untuk menguji manusia. Kenyataan ini telah disebutkan di dalam Al-Quran surah Ali Imran 14..

Tiada ulasan:

Gerakan Islam Moden

Gerakan Islam Moden
Ikhwanul Muslimin

Fatamorgana