Powered By Blogger

Selasa, 28 Oktober 2008

Sambungan...relativiti masa

Takdir
Relativiti masa telah menjelaskan sebuah perkara yang amat penting. Relativiti masa boleh berubah dari satu period masa yang kelihatan berbilion tahun tempohnya kepada kita, mungkin hanya tinggal sesaat sahaja di dalam dimensi lain. Bahkan, suatu jangka masa yang besar bermula daripada permulaan dunia sehingga penamatnya, mungkin tidak tinggal walau sesaat melainkan sedetik di dalam dimensi lain.

Ini adalah intipati sebenar konsep takdir-sebuah konsep yang gagal difahami dengan baik oleh ramai orang. Takdir adalah pengetahuan Allah terhadap semua kejadian silam atau masa hadapan. Sebahagian manusia mempersoalkan bagaimana Allah dapat mengetahui peristiwa yang belum terjadi dan ini menyebabkan mereka gagal untuk memahami kebenaran takdir ini. Bagaimanapun,'Peristiwa yang belum berlaku' hanya melibatkan umat manusia. Allah tidak tertakluk kepada masa dan ruang kerana keduanya adalah ciptaan-Nya, masa silam, masa hadapan dan masa kini tidak ada bezanya di sisi Allah; di sisi-Nya, segala telah terjadi dan telah tamat.

Lincoln Barnett menjelaskan, cakerawala ini dapat 'Dikuasai seluruh kehebatannya oleh satu Kebijaksanaan kosmik'. Apa yang di maksudkan kebijaksanaan kosmik adalah kebijaksanaan dan ilmu Allah yang menguasai alam. Manusia hanya mengalami sesuatu peristiwa apabila telah tiba masanya dan mereka menyaksikan takdir yang telah Allah ciptakan untuk mereka.

Perlu juga diberi perhatian terhadap pemahaman dangkal dan terpesong terhadap hakikat takdir yang berlaku di dalam masyarakat umum. Kesilapan memahami permasalahan takdir ini berlandaskan kepada kepercayaan bahawa Allah telah menyiapkan takdir kepada setiap orang tetapi kadang-kadang takdir ini dapat diubah. Contohnya, apabila seorang pesakit hidup semula, masyarakat akan beranggapan bahawa dia telah menewaskan takdirnya. Tetapi, sebenarnya tiada sesiapa yang mampu mengubah takdirnya. Pesakit yang hidup semula sebenarnya tidak mati kerana telah ditakdirkan belum sampai ajal

Takdir adalah pengetahuan Allah yang agung dan hanya mutlak kepada Allah, yang di sisi-Nya masa umpama satu detik dan yang menguasai seluruh masa dan ruang, segalanya telah ditetapkan dan diakhiri pada satu takdir. Kita juga dapat memahami daripada apa yang disebutkan di dalam Al-Quran bahawa masa adalah kepunyaan Allah; beberapa peristiwa yang akan berlaku kepada kita di masa hadapan telah disebutkan di dalam Al-Quran di dalam sebuah cara seolah-olah telah berlaku sebelum ini dan seolah-olah ia sebuah peristiwa yang telah berlaku;

Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah kemudian ditiup sangkakala sekali, maka dengan serta-merta mereka bangun berdiri menunggu. Dan akan bersinar terang-benderanglah bumi(hari akhirat) dengan cahaya Tuhannya; dan akan diberikan Kitab suratan amal; dan akan dibawa Nabi-nabi serta saksi-saksi; dan akan dihakimi di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikit pun.(Surah Az-Zumar:68-69)

Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahanam dengan berpasukan-pasukan,.......(Surah Az-Zumar:71)

Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka(Allah) akan dibawa ke syurga dengan berpasukan-pasukan....(Surah Az-Zumar:73)

Dan kerana kesabaran mereka mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera. Mereka berehat di dalam syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin, mereka tidak nampak di situ adanya matahari dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk. (Surah Al-Insan: 12-13)

Dan mereka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya. (Surah An-Nazi'at:36)

Maka pada hari itu, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang kafir itu. (Surah Mutaffifiin:34)

Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka, maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya. (Surah Al-Kahfi:53)

Seperti yang dapat dilihat, seluruh peristiwa yang akan berlaku selepas kematian (mengikut persepsi kita) telah dijelaskan seolah-olah ia telah pun berlaku dan telah berlalu di dalam Al-Quran. Allah tidak tertakluk oleh lingkungan masa yang relatif di mana kita dikhususkan di dalamnya. Allah telah menjadikan semuanya di dalam keabadian; manusia telah melakukanya dan seluruh peristiwa telah terjadi dan telah tamat. Telah dinyatakan di dalam ayat di bawah bahawa setiap peristiwa samada yang besar atau yang kecil berada di dalam pengetahuan Allah dan telah dirakamkan di dalam sebuah kitab;

Dan tidaklah engkau dalam menjalankan sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Quran dan tidaklah kamu dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya. Dan tidak akan lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam kitab yang terang nyata. (Surah Yunus: 61)

Tiada ulasan:

Gerakan Islam Moden

Gerakan Islam Moden
Ikhwanul Muslimin

Fatamorgana